BAGAIMANA CARA BANGUN PAGI YANG BEST? ENJOY? DAN BLISSFUL? 🥰



BAGAIMANA CARA BANGUN PAGI YANG BEST? ENJOY? DAN BLISSFUL? 🥰


Bukan start dari bangun pagi, tapi ia start daripada kita mulai tidur.

Cara tidur kita banyak “salah” sebenarnya tanpa disedari.

Tidur dalam keadaan penat, salah.
Tidur dalam keadaan sedih, salah.
Tidur dalam keadaan menangis, salah.
Tidur dalam keadaan tak berdoa, salah.

Bukan hukum berdosa, maksud di sini salah cara.

Salah cara akan membuatkan kita bangun pagi keesokkan itu dalam keadaan lemah, tak bermaya.

Macam mana nak rasai tidur yang nyenyak, nikmat, dalam iman yang tidur itu dikira ibadah?

Tidur awal.
Satu jam tidur antara jam 9-11, sama seperti energi 3 jam.

Jadi kita dapat kualiti tidur yang terbaik. Dapat tidur yang mencukupi, 9 jam sehari.
Kita akan rasa segar sepanjang hari.

Nabi, para rasul, ulama, orang soleh, bangun awal tahajud, bermunajat sebab itulah kekuatan mereka.

“Golden hours.” Ada magic waktu itu. Jam 1-5 pagi. Nak berhubung dengan Allah inilah waktu paling tepat, paling nyaman, paling tenang.

Allah nak mustajabkan doa yang meminta dari-Nya dan nak ampuni dosa yang mohon ampunan dari-Nya.

Please.

Jangan tidur dengan scroll fb, gadget, media sosial.

Sejam sebelum tidur, kena letak dah telefon ke tepi. Silent. Tutup mobile data.

Kalau kita tidur dengan tengok berita cerai, gossip artis, muflis, perang, marah, movie, drama sedih, body kita akan absorb, kita sedang menarik cerita orang lain masuk ke dalam minda separa sedar.

Baca buku untuk knowledge lagi bagus.

Tidur ibarat charging bateri, bila tidur dalam keadaan bersedia, kekuatan masuk dengan sangat laju, bangun tidur dengan energy badan yang penuh.

BERSEDIA untuk tidur:

1. Mandi, bersihkan diri
2. Solat witir @ taubat
3. Baca quran
4. Duduk sekejap muhasabah, tafakkur
5. To-do-list, apa yang nak buat esok?
6. ‘visualization’ bayangkan apa yang kita nak.
7. Kena rasa yang DAH capai semua yang kita nak. Dah berjaya close sale, rasa konfident dah berjaya cakap dengan baik, tulis dengan baik.
8. Maafkan semua orang, lepaskan semua blockage yang ada.
9. Tidur dalam keadaan berselawat, berdoa, berzikir, ucap syahadah. Tidur dalam ingat pada Allah.


Bukan mudah nak amal ini, tapi kita cuba. Morning my followers.♥️🤗


Semoga anda belajar sesuatu ??


#Sila bantu saya share supaya lebih ramai lagi dapat belajar dan manfaat dari tips ni..


Kredit for : Hikmatul Islam

0 comments:

Catat Ulasan

JOIN KOMUNITI TELEGRAM

JOIN KOMUNITI FACEBOOK

Paling Popular,,👇👇

Follow Me

Cinta 💓