7 Tips Urus Masa Dengan Bijak Dalam Bisnes Online



Memandangkan sejak pandemik yang lalu, semakin ramai yang mula bertukar untuk bekerja dari rumah dengan cara mulakan Bisnes Online.

Lebih-lebih lagi sekarang ni telah menjadi fenomena dalam masyarakat bila kerajaan malaysia sarankan setiap keluarga malaysia perlu bijak manfaatkan masa dengan cara menambah pendapatan kedua melalui Bisnes Online.

Jadi, dalam sharing kali ni, saya nak share 7 Tips Urus Masa Dengan Bijak Untuk Suri Rumah Bisnes Online terutama yang baru..

1. Plan Siap2 Sebelum Tido

Bukan orang yang keje makan gaji je kena ada Diari tawww. Kita Suri rumah Profesional ni pun kena ada Diari. Plan sesiap sebelum tido apa nak buat esoknya. Kalau tak sempat catit kat Diari pun, tampal je nota kat pintu peti ais.
 
Biasanya orang yang plan kerja sesiap sebelum tido, esoknya dia akan automatik bangun awal. Takde alarm clock pun, takkan terbabas punyalah. Sebab masa dia nak tido tu, otak dia dah set sesiap kena bangun pukul berapa, kena buat apa dulu.

Apa benda yang kena di plan tu?

➨ Pukul bapa nak buat post kat media sosial, sebaiknya buat dalam 8-9 pagi. Time tu otak tengah fresh lagi, nak tulis post pun banyak idea.

➨ Pukul bapa nak follow up customer paling bagus 10 pagi hingga 12 tengahari. Untung-untung lunch hour nanti diorang singgah bank in. Alhamdulillah.. 

➨ Sebelum ambik anak balik sekolah, make sure ada order. Pos laju dulu barang yang customer order. Kalau yang jadi dropship senang, ambik order je. Stokis yang tolong poskan. Lagi senang, kalau yang jadi afiliate share link dan cek komisen je, semua sistem yang uruskan..

2. Buat Jadual Kerja

Bab gosok baju, tak payah buat hari-hari. Selain dari buang karen, penat pun ye jugak. Hujung minggu, gosok je sekali harung untuk seminggu. Baju sekolah anak, baju kerja Mr.Bos, sekali jalan je. Yang kita ni, cari baju jenis tak payah gosok jelah kan, jimat masa! 

Masak pun sama. Plan setiap Isnin sampai Jumaat tu nak masak apa. Bahan nak masak tu sedia siap2 letak dalam peti ais. Time nak masak kang campak je dalam kuali, 5 minit setel!

3. Multitasking

Skill ni paling penting. Nak jadi Surirumah Profesional, kena pakar buat 7 kerja dalam 1 masa. Contohnya sambil masak, sempat lagi nak kemas dapur sekali. Dah tu pulak boleh je nak tekan button washing machine tu. Yang penting untuk kita surirumah ni, tengah menyusu pun boleh close sale! Ingat tau, customer suka kita jawab PM dengan segera. Tak suka delay-delay.

4. Anak Pembawa Rezeki

Haa, betul tu. Pembawa rezeki. So, jaga betol anak-anak bagi perhatian kat dia walaupun sibuk layan PM. Makan on time, kenyangkan dia. Budak ni senang je, cukup makan cukup tido, setellah. Ibu pun senang nak buat kerja nanti.

5. Terer Bodek Mr.Bos

Eh, janganlah gelak. Benda ni lagilah kita kena expert tau. Kalau si dia tak tolong, tertonggeng jugak nak buat keje rumah sorang-sorang. Dengan nak layan karenah customer lagi. Belah malam boleh suruh Mr.Bos main dengan anak-anak, then listkan tugas sampingan kat si dia. Contoh basuh kain, isi air dalam botol, kemas tampat tidur atau sapu kat luar rumah..


Packing dan hantar ke Poslaju pun boleh mintak tolong Mr.Bos buatkan. Dia dah tolong, jangan lupa puji dia hensem! Esok mesti dia tolong lagi, hihi..😊..

6. Join Team yang Offer Coaching dan Support.

Untuk kita mak-mak moden yang dok rumah ni, agak payah sikit nak attend kelas. Cari bisnes yang offer coaching online. Sekarang kan dah boleh belajar LIVE kat Facebook je. So lepas layan Drama Pukul Tujuh tu, layan la LIVE coaching plak! Sambil menyusu anak pun boleh belajar tawww..

Kalau kat group whatsapp tu, selalulah tanya soalan kat leader, bukan jadi silent reader. Geng-geng bisnes online ni dah ramai, boleh tukar-tukar idea..

7. Reward Diri Sendiri

Dah kebas jari layan PM, sesekali reward la diri sendiri. Barulah lagi semangat nak buat bisnes. Bab ni make sure jangan terover sangat. 20% dari untung, belilah apa nak beli. Suka lettewww..

Haa, 7 tips ni kalau buat betul-betul pun dah boleh teratur dah hidup. Anak tak terabai, kerja rumah siap, Mr.Bos pun sayang. Nanti dah kaya sket, boleh la berangan kilat kuku atas sofa! Hihi..😅

Macam mana, belajar sesuatu ??

kredit for sifu Nora Azmin

Korang mesti ada kenal kengkawan yang buat bisnes online kan ??

#SHARE Artikel ni supaya Geng-geng Mak Moden ni pun pun dapat baca tips ni sebagai tanda kita support mereka jadi suri rumah profesional.Mesti diorang suka dapat income part-time setiap bulan.. 


0 comments:

Catat Ulasan

JOIN KOMUNITI TELEGRAM

JOIN KOMUNITI FACEBOOK

Paling Popular,,👇👇

Follow Me

Cinta 💓