Saya percaya ramai orang teringin sangat nak bisnes dia viral dan nak ramai orang tahu apa yang dia jual. Lagi-lagi Kalau ada yang bisnes kedai makan tu, memang mengharap sangat untuk viral dan ramai beratur. Ada juga yang bisnes mengharap ramai yang wasap atau pm.
Apa pun paling penting, mesti viral yang bawa pada kebaikan bukan kecaman atas perbuatan yang tidak sepatutnya. Itu paling penting. Sebab ianya bina pespektif dan pandangan orang pada bisnes anda.
Tapi, kena faham dulu viral ni macam mana konsep nya. Viral ni kalau dulu-dulu adalah lebih kepada mulut ke mulut, orang sebut-sebut tentang apa yang kita tawarkan dan apa yang kita buat berkaitan bisnes kita.
Dalam media sosial, ianya lebih kepada share, komen dan tag kawan-kawan. Tapi, konsep nya masih lagi sama, platform saja berbeza.
Okay, jadi macam mana nak buat marketing yang Viral?
Nak kena upah artis ke?
Nak kena upah influencer ke?
Itu terpulang pada anda, kos berbeza pada setiap planning. Tapi, apa-apa pun ikut 3 tips dekat bawah ni ye.
1. Pilih Masa Yang Sesuai
Okay, pilih masa yang sesuai ni anda kena lebih alert apa yang berlaku dengan keadaan sekeliling contoh, musim cuti sekolah, merdeka, raya aidilfitri, dan pilihan raya. Jadi, bila pilih masa yang sesuai, anda tahu nak buat posting atau video yang berkaitan sebab orang sedang sebut-sebut tentang perkara tu.
Anda juga kena kenal pasti waktu mana yang sesuai nak buat posting. Anda boleh buat pemerhatian dengan setiap posting-posting yang pernah buat sebelum ni.
2. Content Yang Unik
Bila dah lihat pada keadaan masa yang sesuai, pilih pula content/posting apa nak buat. Ada beberapa jenis content yang anda boleh sesuaikan contohnya posting storytelling, atau video pendek dalam lingkungan masa di bawah 1minit.
Contoh anda seorang peniaga yang jual tudung dan sekarang adalah musim cuti sekolah. Jadi apa yang boleh anda buat adalah, video pendek tempat menarik untuk dilawati dan cara lilitan tudung yang sesuai supaya tidak panas dan lebih selesa ketika bercuti.
3. Pilih Platform Yang Betul
Pada bahagian ni anda perlu pilih nak posting bahan pemasaran anda tu di mana. Contoh video pendek, sesuai di Facebook Reels, Instagram Reels dan Tiktok. Dan kalau penulisan yang berbentuk storytelling pula sesuai untuk Facebook dan Instagram post. Mudah je kan.
Dan ada lagi beberapa cara dan strategi lagi yang anda boleh gunakan untuk viral ni. Namun, anda boleh cuba buat 3 tips ni dulu ? dan rancang sebaik mungkin apa jenis content yang mahu gunakan?
Inshaa Allah, anda akan berjaya...
Ok, Semoga anda belajar sesuatu ?
0 comments:
Catat Ulasan