Dalam bisnes sudah tentu usahawan akan berhadapan dengan banyak cabaran, terutama sekali dalam cara berfikir, bertindak, cara nak merangka strategi pemasaran dan nak capai semua kejayaan ni pasti akan ada banyak halangan dan juga perkara yang usahawan tak tahu apa yang dia patut tahu.
Ada tak kenal usahawan yang anda tengok dia masih lagi ke hulur ke hilir
Cabaran dan halangan yang paling besar sebagai seorang usahawan adalah perasaan nak give up dan putus asa.
Sampai rasa nak tutup bisnes, nak berhenti buat bisnes, give up bila tak tahu macamana nak grow kan bisnes, give up dengan facebook dan give up bila rasa usaha seperti tidak bermakna..
Namun, sebagai usahawan yang bijak anda takkan biarkan bisnes yang di usahakan terkandas dan buat sales hanya cukup makan sahaja.
Jadi sebelum bisnes anda menjadi lebih parah, jom belajar “5 Cara BANGKIT meroket Bisnes Secara Konsisten”
1.Ingat balik Kenapa Kita Bermula
Kebanyakan usahawan berniaga dah berpuluh tahun tetapi bila dugaan tu sampai pada dia, terus gelabah, tak tahu nak buat apa, rasa nak give up dalam bisnes.
Kenapa anda nak kurung diri dalam rasa nak give up ni sedangkan banyak lagi kejayaan dalam bisnes yang anda belum capai.
Usahawan yang nak berjaya dalam bisnes kena ada mindset dan emosi yang luar biasa. Bila ada rasa nak give up je usahawan kena cepat-cepat ingat kenapa anda bermula.
Apa matlamat yang nak capai, siapa yang anda boleh gembirakan dan kehidupan siapa yang anda boleh baiki sebab kenapa kita BERMULA lebih penting daripada rasa kita nak give up.
Faham ker faham ni?
2.Ingat balik Impian Yang Kita Nak Capai
Manusia yang tidak ada impian dan matlamat dalam hidup ni umpama hidup kosong, gelap dan hidup tanpa arah tujuan.
Buat lah apa-apa pun memang akan STUCK pada satu level yang biasa-biasa sahaja sebab hidup hanya sekadar hidup.
Setiap orang WAJIB untuk merangka impian dan ada momentum yang berterusan untuk capai impian. Baru lah boleh terus meroket dalam bisnes yang diusahakan.
Kalau patah semangat dan ada rasa nak give up, terus ingat apa impian yang anda nak capai. Biar kita buat give up ni rasa give up nak buat kita give up.
3.Ingat Kegagalan Hanya Sementara
Tidak ada manusia yang nak terus gagal dan merasa susah dalam hidup, semua orang nak capai kejayaan tanpa ada kegagalan.
Tetapi dalam bisnes ni normal kalau usahawan jatuh tersungkur, tersilap langkah dan rasa nak give up tetapi tak normal kalau usahawan tak nak BANGKIT dan terus stuck pada satu masalah sahaja sehingga masalah tu bungkus anda dan bisnes anda sekali.
Bila rasa nak give up, usahawan kena ingat kegagalan tu hanya sementara dan gagal sekali bukan bermaksud akan gagal selamanya dalam bisnes.
Daripada kegagalan ni sebenarnya usahawan akan nampak di mana kesilapan yang dia dah buat. Jadi terus jadikan kegagalan ni sebagai kunci untuk buat lebih baik pada masa yang akan datang.
4.Ingat Setiap Kesakitan Akan Diganti Dengan Kekuatan
Ramai usahawan yang bengang, sedih dan kecewa bila tak mencapai sasaran jualan. Lagi sakit bila tengok pesaing dah pecut laju ke hadapan sedangkan anda tertinggal jauh di belakang.
Usahawan perlu ingat pengukur kejayaan dalam bisnes bukan siapa yang paling laju meroket tetapi siapa yang konsisten berusaha dan kekalkan momentum untuk capai kejayaan dalam bisnes.
Bila anda sakit dan kecewa akibat ketinggalan dalam bisnes, jangan biarkan perasaan tu menguasai diri anda tetapi ingat bahawa setiap kesakitan yang anda alami akan digantikan dengan kekuatan.
5.Ingat Impian Orang Yang Tersayang
Semua orang ada impian dan matlamat tetapi berapa ramai yang ambil berat tentang impian orang yang tersayang?
Penting untuk anda tahu sebab bila ada rasa nak give up je cepat-cepat ingat impian orang yang tersayang. Secara tak lansung anda akan fikir bahawa impian orang yang tersayang lebih penting daripada rasa nak give up.
Give up ni spesis yang bila anda bunuh, dia akan datang balik, jadi untuk berjaya dalam bisnes, usahawan kena konsisten bunuh rasa nak give up ni sebab dalam bisnes walau penat macam mana sekalipun, anda perlu BANGKIT dan terus berusaha untuk capai impian orang yang tersayang.
Kesimpulannya..
Jangan letakkan banyak alasan sebagai penghalang kepada kejayaan anda. Bila rasa nak give up, perbaiki kesilapan dan BANGKIT terus 10 kali ganda lebih dasyat.
Sampai bila nak perjudikan nasib, bisnes dan jualan anda. Ruang dan peluang dah tersedia, anda cuma perlu berikan masa dan komitmen jer.
InsyaAllah anda akan nampak jalannya.
Dapat belajar sesuatu ??
Alhamdulilah..
Semoga ia bermanfaat..
Kredit to suhadah Razak
0 comments:
Catat Ulasan